Ciku main Mage, Valenz jadi Gold Lane, this is multirole teamgais 😎🙌 @CGesports menggunakan lineup baru pada minggu ketiga @MAL Malaysia #CetusGempita #bukansekadarmaingame #ZushYourWaytoTop #MALMY
Homebois naik ke ranking nombor 1 liga MPL MY S15, selepas menang bersih 2-0 menentang Team Rey seketika tadi. Homebois ketika ini mempunyai 11 mata dalam tangan selepas mengutip kemenangan empat kali berturut-turut di liga esukan terbesar Malaysia itu. Berikut adalah rekod Homebois di peringkat musim liga ketika ini: 2-0 VS AERO 2-0 VS JP NINERS 2-1 VS DX SOULS 2-0 VS Team Rey Foto: MOONTON GAMES #MLBBEsports #MPLMYS15 #mlbbmybo #KakiGaming #fyp #foryoupage
Liga Profesional MLBB Malaysia (MPL MY) sah akan menerima dua slot ke Acara Utama Piala Dunia Esukan EWC x MSC 2025 yang akan datang. Perkara itu baharu sahaja dikongsikan MOONTON Games menerusi satu kenyataan media hari ini. Sebelum ini, MPL MY hanya menerima satu slot ke acara utama piala antarabangsa itu iaitu menerusi juara MPL MY S13 2024, Selangor Red Giants (SRG). Manakala naib juara MPL MY S13 iaitu Homebois hanya menerima slot ke Wild Card sebelum layak ke acara utama MSC-EWC yang lalu. Pada tahun ini, MPL MY sah akan menerima dua slot terus ke Acara Utama EWC X MSC 2025. Acara utama itu akan mengumpulkan 16 pasukan terbaik dunia. Sementara itu, di peringkat Wild Card EWC x MSC 2025 bakal menyaksikan pertarungan 8 negara / rantau termasuk Vietnam melakukan debut dan Jepun akan kembali ke arena kompetitif MLBB bertaraf dunia. EWC x MSC 2024 yang lalu menyaksikan pasukan MPL MY, SRG, muncul sebagai juara, sekali gus menamatkan kemarau 7 tahun Malaysia menjuarai piala antarabangsa MLBB. Foto: WTM Today, Moonton Games #bukansekadarmaingame
Pemain tidak aktif (inactive) Homebois kini dalam siasatan melalui peguam, kata pengasas pasukan, Nureddy Nursal (Daddyhood). Ketika dihubungi WTM Today hari ini, Daddyhood juga berkata pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya jika pemain tersebut didapati bersalah. "Siasatan melalui peguam dilakukan dan akan mengambil tindakan lanjut sekiranya didapati bersalah melalui sistem undang-undang," kata Daddyhood secara ringkas ketika dihubungi WTM Today hari ini.
Pasukan MLBB No.3 Dunia, Selangor Red Giants (SRG) sah akan melakukan kolaborasi bersama Juara Dunia Dota 2 The International dua kali, OG Esports (OG). Perkara itu baharu sahaja diumumkan SRG.OG dalam satu kenyataan bersama pengasas OG, Johan Sundstein (Notail) dan Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah seketika tadi. OG bukan satu nama asing dalam arena esukan antarabangsa. Pasukan itu mencipta fenomena pada tahun 2018 dan 2019 apabila menjadi pasukan Dota 2 pertama di dunia yang memenangi The International lebih satu kali dan secara berturut-turut. MLBB merupakan penyertaan divisyen esukan terbaharu OG. Pasukan itu sebelum ini mempunyai skuad Dota 2, CS2, Marvel Rivals dan Honor of Kings. Kolaborasi kedua-dua organisasi esukan itu kini dikenali sebagai SRG.OG. #wtmtoday #bukansekadarmaingame
Peningkatan disiplin dalam permainan memberikan kemenangan. Corak permainan Team VAMOS hari ini dilihat lebih berdisiplin sehingga berjaya mengalahkan salah satu pencabar utama liga, Monster Vicious 2-1. Meski tewas pada pusingan pertama, Team VAMOS bangkit dengan lebih agresif dalam dua pusingan yang seterusnya. Team VAMOS kini mempunyai 9 mata di peringkat liga, dan berada di ranking nombor 3 setakat ini. Foto: MOONTON GAMES #MLBBEsports #MPLMYS15 #mlbbmybo #KakiGaming #fyp #foryoupage
Bekas pemain Homebois yang pernah menjuarai MPL MY S12, Raizel, kembali bermain di Malaysia. Pemain Gold Laner Indonesia itu kini bermain untuk pasukan MAL MY S3, Pixel Esports. Raizel baharu sahaja melakukan debut bersama pasukan itu pada semalam. Kehadiran Raizel dilihat memberi impak besar apabila Pixel Esports berjaya mengalahkan jaguh MAL MY S2, GMX Kelantan 2-0 dalam perlawanan itu. Raizel dan Pixel Esports akan kembali bermain esok, menentang CG Esports pada jam 3PM. Foto arkib: MOONTON GAMES #MLBBEsports #MPLMYS15 #mlbbmybo #KakiGaming #fyp #foryoupage @realmeMalaysia
Jaguh MLBB Filipina, Team Falcon PH, sah menjadi wakil negara itu ke Kejuaraan IESF-WEC 2025. Pasukan itu dipilih selepas berjaya mengalahkan Team Liquid PH 3-2 di Grand Final dalam Saingan Kelayakan Kebangsaan Wakil MLBB Filipina IESF 2025. Pada peringkat Grand Final itu juga Team Falcon PH berjaya melakukan reverse sweep selepas ketinggalan 0-2. Foto: MPL PH #MLBBEsports #MPLPH
CG juga akan menyertai MAL MY S3! Penerima Anugerah Legenda MPL MY S14, CikuGais (@dnialfuad) mengesahkan yang pasukan MLBB iaitu CG adalah pasukannya. Dalam satu kenyataan kepada WTM Today hari ini, CikuGais juga berkongsikan yang pasukannya juga akan menyertai liga semi-profesional MLBB tempatan, iaitu Liga Akademi MLBB Malaysia Musim Ketiga (MAL MY S3). "CG memang sah akan bermain di MAL MY S3," katanya ringkas. CikuGais bukan satu nama asing dalam arena kompetitif MLBB tanah air dan luar negara. Sejak menyertai MPL MY S4 2019, CikuGais telah memenangi 3 trofi kejuaraan liga esukan terbesar di Malaysia itu bersama Todak. CikuGais juga pernah menyumbangkan pingat perak untuk negara bagi Temasya Sukan SEA Kemboja 2023. Foto: CG #wtmtoday #bukansekadarmaingame
VALORANT MOBILE IS REAL. Permainan video menembak taktikal 5v5 daripada Riot Games, VALORANT, mengumumkan secara rasmi mengenai versi mudah alihnya yang dikenali VALORANT Mobile. Dalam pengumuman yang sama, VALORANT juga berkongsikan pihaknya akan bekerjasama dengan rakan kongsi LIGHTSPEED STUDIOS dan permainan video itu akan boleh mula bermain di China dahulu. "Kami teruja untuk memperkenalkan VALORANT Mobile kepada sebanyak yang boleh namun kami akan bermula di China dahulu. "Sudah tentunya, kami akan memberikan perkembangan terkini kepada mengenai rancangan kami," kata VALORANT dalam satu pengumuman hari ini. VALORANT dilancarkan pada 2020 dan dibangunkan Riot Games. Foto: VALORANT #bukansekadarmaingame
Disangkakan import sebelum identitinya didedahkan. Melqt dilihat konsisten sejak awal kejuaraan. Homebois baharu sahaja menang 3-0 menentang Todak di peringkat Semi Final Lower Bracket Piala Esports Malaysia seketika tadi Video: YouTube / Piala Esport Malaysia #MPLMY #IniGayaKita #MLBB
SAVAGE PERTAMA SRG.OG vs VMS 😳 Bukan sahaja berjaya merekodkan Savage tapi pemain Gold Lane SRG.OG berjaya melakukan solo end pada pusingan pertama menentang VMS dalam perlawanan pembukaan MPL MY S15. #PANTANGMENGALAH #MPLMY #IniGayaKita #MPLMYS15 #PENTASKEBANGGAAN #MLBB #MobileLegendsBangBang
Valenz kini bermain sebagai roamer CG Esports! Sebelum ini, Valenz berehat daripada arena kompetitif MLBB kerana ingin memberi tumpuan kepada pengajian asasi perakaunannya. Jom saksikan Valenz dan CG Esports melakukan debut di MAL MY S3 bermula 12 April ini!
Kemenangan 5 kali berturut-turut untuk Homebois selepas menang menentang Todak 2-0 seketika tadi. Ia sekali gus memberikan 3 mata kemenangan liga dan menjadikan Homebois di ranking pertama ketika ini dengan 14 mata. Homebois kini menyamai rekod SRG.OG, dengan kedua-dua pasukan mempunyai 14 mata secara total di peringkat musim liga MPL MY S15. Homebois akan kembali bermain Ahad ini jam 5.30PM menntang Team VAMOS. FOTO: MOONTON GAMES #MLBBEsports #MPLMYS15 #mlbbmybo
Gold Laner SRG.OG, Innocent melakukan flank, melanggar Todak Innocent mengambil kesempatan untuk menyerang pemain-pemain backline Todak apabila Todak tidak melakukan semakan di bahagian bush. SRG.OG kembali naik ke ranking pertama dengan 12 mata dalam tangan selepas sekali lagi mengutip kemenangan bersih di peringkat musim liga MPL MY S15 #MLBBEsports #MPLMYS15 #mlbbmybo #KakiGaming #fyp #foryoupage