Best beger sini, kalau special, memang telur sebiji. Balut telur pun lain dari yang lain. Style telur dadar gitu😄😅 📍Kedai Burger Limbat Corner, Sebelah Pasaraya Berkat Yusri, Limbat, Kota Bharu 📞No Telefon untuk order 012 9293516
Kelmarin saya melawat kedai yang viral setiap kali bulan puasa - Murtabak Kadok 1, untuk tengok persiapan mereka di bulan puasa. Di bulan puasa, setiap hari mereka mengamir tepung 75KG, dan memasak inti sebanyak 3 kawah. Memang luar biasa😄 #kotabharu #martabak #murtabak
Replying to @resivt Last part untuk siri How It's Made - Martabak🙌🏼 Kedai ni boleh waze 📍Murtabak Kadok 1. Warning awal, kedai ni sentiasa beratur panjang ketika bulan puasa😄Bawak bersabar kalau hendak merasa. Di bulan lain pun berniaga.
Proses Goreng Muruku 📍Huzaifah Bakery, Sebelah Petronas Jalan Bayam, Kota Bharu. Selain muruku dan makanan ringan lain, mereka juga 'orang lama' dalam bidang kuih raya. pelbagai jenis yang dijual di sini. Memang akan rambang mata😄
Kat sini bahulu nya dibakar guna dapur arang, cara orang dulu-dulu. Ada free tester. Kalau nak beli harganya Rm20 untuk 45 biji. Boleh pilih sendiri, nak yang rangup ke, hangit sikit ke, atau yang biasa😄 Disamping bahulu, dodol juga agak popular disini. Jadi siapa yang balik kampung, lalu daerah Jelebu, boleh la singgah. Musim perayaan ni memang diorang buka sampai lewat malam, setiap hari👍🏻 📍Pijoi Bahulu, Jelebu
Replying to @resivt Post sebelum proses buat doh kulit martabak, kali video ni kita tengok proses buat inti pula. Sekali masak, mereka buat 3 kawah, dari pukul 9.30pm sampaila 3 pagi😅 Ramai sungguh peminat Murtabak Kadok🙌🏼 Tapi saya warning awal-awal, nak ke sini, masa menunggu nya agak panjang, jadi bawak kipas & bersabar.
Beberapa hari lepas 📍Bazar Stadium Kota Bharu dilanda ribut. 70% khemah runtuh. Peniaga banyak yang rugi. Harini bazar mula beroperasi macam biasa. Alhamdulillah😄
Akak ni kata, dia niaga sebab bosan duk rumah😄 Kuih ada 3 jenis sahaja. Kuih bom, cekmek & sardin gulung. Semua jenis Rm2 untuk 5 biji. Sardin gulung top seller👍🏻 Mula niaga pukul 6.30 pagi. Sampai 9 pagi. Jumaat Sabtu cuti. Lokasi depan Kilang Mancis Cap Lada, Kota Bharu.