Syukur bertemu dengan YB @Syed Saddiq & kak @Bella Astillah , dua insan yang banyak memberi inspirasi kebaikan kepada ramai orang, doakan ya nanti akan bersama kak Bella dan YB buat misi bantuan di Sabah khususnya di pedalaman 🤍 #fyp #adrianedy #bass
Sedih sangat melihat keadaan penduduk kampung Jimpangah Beaufort , berat ujian buat mereka semua, syukur harini ziarah mereka di sini, beri kata kata semangat dan sokongan moral buat mereka, ada yang menangis tadi, semoga Tuhan buka jalan buat mereka semua 🥺 #fyp #adrianedy
Inside match di Brunei 🇧🇳, syukur dapat main bola di Brunei, dapat jumpa kawan kawan baru di sini , nanti ada rezeki edy mahu main bola di sini lagi 🤍 #fyp #adrianedy
Syukur sangat dapat bertemu dengan Tan Sri @Muhyiddin_Yassin Official , Perdana Menteri Malaysia ke 8 , sempat beritahu Tan Sri tentang misi bantuan yang edy buat di Sabah, Tan Sri kata teruskan membantu ramai orang ya , terima kasih banyak Tan Sri sudi bertemu dan tandatangan di baju edy 🤍 #fyp #adrianedy
Sedih dan sebak tengok adik adik di Sk Ruminding berlatih menggunakan kayu, sekolah ni terletak di pedalaman, kita hadiahkan pagar baru buat mereka berlatih, adik adik ni semua sangat berpotensi besar, gembira dan bersemangat mereka bila dapat alat latihan baru 🥺 #fyp #adrianedy
Sebak ziarah uncle Bobou di Kota Belud, uncle Bobou seorang OKU Pekak, tinggal seorang diri sahaja, baik sangat orangnya dan senyum sahaja, kita hadiahkan tilam, bantal dan kipas buat uncle, selama ni dia tiada kipas, kesian sangat tidur dalam keadaan panas 🥺 #fyp #adrianedy
Mengalir air mata ziarah uncle Vitus yang sakit sejak dari lahir lagi, kini uncle Vitus sudah berumur 50 tahun, hanya terbaring sahaja, tidak boleh duduk dan berdiri, senyum saja uncle semasa kita lawat dia, syukur ada kakaknya yang jaga uncle, semoga uncle Vitus diberikan kesembuhan oleh Tuhan 🥺 #fyp #adrianedy
Gembira sangat apabila kita dapat buat adik Jessy tersenyum, haritu cikgu Jessy bagitahu yang kasut dia sudah rosak, pernah haritu ketika sedang berlari terbuka tapak kasut, kita hadiahkan kasut baru buat adik Jessy, dia sangat berbakat dalam sukan lompat berpagar 😍 #fyp #adrianedy
Kita ziarah uncle Minal yang tinggal seorang diri, dulu dia pernah kemalangan dan sejak dari itu tidak dapat berjalan, dia tiada kipas, kita bantu serba sedikit dari segi keperluan dapur, kipas, tilam bantal dan lampu solar buat uncle Minal 🤍 #fyp #adrianedy
Sedih sangat lawat abang Herry yang tinggal seorang diri di atas bukit, jauh juga kalau mahu pergi lawat dia, kena lalu jambatan gantung, dia tinggal seorang diri, abang Herry OKU Pekak, syukur kita bantu serba sedikit keperluan abang Herry, moga abang Herry sihat selalu 🥺 #fyp #adrianedy
Kalau tiada Misi Bantuan, inilah aktiviti edy pada masa lapang, main bola untuk kesihatan , kamu pula? Apa aktiviti kamu biasa buat pada masa lapang? 😉 #fyp #adrianedy
Thankyou so much TVS & Meletop for the oppourtunity, semoga serba sedikit kisah yang dikongsikan akan menjadi asbab kebaikan buat ramai orang di luar sana untuk terus buat kebaikan ya. Syukur dapat bertemu dengan ramai orang orang baik di Miri, bila kita bertemu dengan orang baik pun satu rezeki juga sebenarnya, terima kasih Miri, sampai jumpa lagi! Kamek sayang Kitak ❤️ #fyp #adrianedy
Sedih sangat lihat keadaan uncle Sumping dan aunty Cheremy di Kampung Lusut Jaya Miri Sarawak, rumah mereka uzur sangat, ada yang runtuh sudah sedikit, tiada elektrik, sumber air hanya guna air hujan saja, uncle dan aunty pun ada masalah kesihatan 😭 #fyp #adrianedy
Sebak terharu bila bertemu dengan kakak Paltini, dia tunggu di tepi jalan untuk bertemu dan bergambar dengan edy, masa pertama kali bertemu edy tiada bawa hadiah, kedua kali kita berjumpa lagi dengan kakak Paltini dan beri dia kejutan ❤️ #fyp #adrianedy
Syukur kita ke SK Ruminding dan bawa sedikit hadiah buat adik adik di sini, sekolah ni terletak jauh di pedalaman, murid hanya ada 17 orang sahaja, dulu pernah ada 4 orang sahaja murid di sini, cantik sekolahnya di tepi ada sungai, semoga adik adik di sini akan berjaya 🤍 #fyp #adrianedy
Haritu semasa balik dari misi bantuan, ternampak kakak Paltini tunggu di tepi jalan untuk bergambar, sanggup dia naik dari bawah rumah ke atas bukit untuk tunggu edy dalam keadaan mengandung lagi, harini kita beri sedikit hadiah buat kakak Paltini ya 🤍 #fyp #adrianedy
Terima kasih semua kawan kawan di Brunei, syukur dapat jumpa ramai orang baik baik, teruskan buat kebaikan ya, nanti Edy datang Brunei lagi ya, jaga diri semua 🤍🇧🇳 #fyp #adrianedy